Asalamualaikum, hari ni nak story mory kat korg pasal marah.
Marah adalah salah satu sifat mazmumah yang tidak sepatutnya ada pada seorang muslim mukmin. Jesteru, usaha untuk mengelakkan diri dari sifat marah menjadi satu kewajipan. Sifat marah dari sudut hukum boleh dibahagi kepada tiga bahagian :
a) marah yang dipuji - Perasaan marah dituntut apabila berlakunya pencabulan dan pelanggaran terhadap larangan - larangan ALLAH. Sabda Rasulullah yang bermaksud, "Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia ubah dengan tangan (kekuasaan) sekiranya tidak mampu ubah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu juga maka ubah dengan hati, itulah selemah - lemah iman". Aida sure ramai yang dah pernah dengar sabda ni right? Haha!
b) marah yang diharuskan - Marah yang tidak melanggar perintah ALLAH dan tidak melampaui batas. Contohnya, marah apabila tidak melakukan pekerjaan dgn baik dan lain - lain. Tak faham lagi? Hmmm, macam cikgu marah pelajar sebab tak buat homework, but cikgu kene marah berpada - pada lahh.
c) marah yang dicela - Marah terhadap perlaksanaan perintah ALLAH atau marah yang didorong oleh perasaan dan hawa nafsu.
Kesimpulannya, kita wajib marah apabila hak ALLAH dilanggar, haram marah apabila hak agama dilaksanakan dan harus marah pada perkara - perkara berkaitan kehidupan dengan syarat tidak melampaui batas dan bertujuan untuk memperbaiki kekurangan yan ada.
#Sumber : Segmen Ilmu, Novel Yang Sebenarnya, Tulisan Aisya Sofea
No comments:
Post a Comment