Thursday, February 23, 2012

7 Keajaiban Dunia

Asalamualaikum, hi guys! Inspirasi nak tulis pasal tajuk hari ni datang bila my mum ckp pasal Great Wall of China (Tembok Besar China). My mum cakap, ada 7 keajaiban dunia which is :

a) Taj Mahal, India
Pada tahun 1631, maharaja semasa kemuncak keagungan Dinasti Mughal, Shah Jehan telah dilanda kesedihan apabila isteri ketiganya, Mumtaz Mahal meninggal semasa melahirkan anak ke 14 mereka iaitu Gauhara Begum. Pembinaan Taj Mahal bermula setahun selepas kematian Mumtaz Mahal. Pengarang istana menggambarkan kesedihan Shah Jehan merupakan cerita cinta tradisi yang dianggap inspirasi kepada Taj Mahal.

b) Great Wall, China
Satu siri kubu China silam yang dibina untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-13 SM terhadap perompak puak - puak nomad yang datang dari kawasan yang kini dikenali sebagai Mongolia dan Manchuria. Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'Kubur Terpanjang Di Bumi'.

c) Chinchen Itza, Mexico
Adalah suatu Situs Peradaban Maya di Mexico pada abad ke-800 SM. Piramida Kukulcan di kompleks situs bersejarah ini dipercayai sebagai pusat kegiatan politik dan ekonomi peradaban bangsa Maya yang terletak di Semenanjung Yucatan (kini wilayah Mexico). Itza merupakan titik sentral kompleks bangunan lainnya seperti Piramida Kukulcan, Candi Chac Mool dan Bangunan Seribu Tiang.

d) Christ Redeemer, Brazil
Patung ini menjadi simbol umat Kristian dan menjadi simbol kebanggaan kota. Tangan patung ini yang terbuka dilihat banyak orang sebagai tanda dari kehangatan penduduk Brazil.

e) Machu Picchu, Pera
Bermaksud 'Gunung Tua' dalam Bahasa Quechua sering juga disebut sebagai 'Kota Inca Yang Hilang' adalah sebuah lokasi runtuhan Inca Pra-Columbus yang terletak di wilayah pergunungan pada ketinggian sekitar 2,350 m diatas permukaan laut. Machu Picchu berada di atas Lembahh Urubama di Peru, sekitar 70 km ke barat laut Cusco.

f) Petra, Jordan
Sebuah kota bersejarah dan arkeolagi yang terletak dalam kawasan pemerintahan Jordan di Ma'an. Petra merupakan satu hasil senibina pemotongan batu dan sistem pembuluh air. Ia telah dibina kira-kira pada kurun ke-6 sebagai ibu kota bagi Nabate.

g) Colosseum Rome, Italy
Sebuah monumne bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di Empayar Rom. Pembinaannya telah dibina oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 72 dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya, Titus.

#Sumber : Google, Wikipedia








No comments:

Post a Comment